Sunday

SOLEKAN RINGKAS KE PEJABAT



Adakah anda malas nak bersolek atau anda tatau camna caranya nak bersolek secara ringkas terutamanya wanita yang berkerja. Sudah tentu pagi tu memang masa amat terhad, mana nak siapkan anak ke sekolah, mana nak siapkan anak2 yg ke nursery kan. So kat sini haneem nak bagi tips solekan seringkas yang boleh ok.

Peralatan asas yang anda perlu ada untuk mendapatkan erti kata bermekap ialah :-

i) Bedak Asas/Foundation
ii) Bedak Compact/Loose/Tabur
iii) Eye Colour
iv) Pencil liner/Liquid eye colour/Mascara
v) Blusher/Cheek colour
vi) Lipstik/Lip Gloss

Memula kita kena pastikan muka kita bersih dari air, peluh, make up atau pun minyak. Maknanya setiap kali nak bersolek kita kenalah cuci muka dengan cleanser. Jangan lupa freshner, moist dan segala extended care Mary Kay yang ada.

Kemudian sapukan foundation yang sesuai ke wajah. Titik-titikan di muka, dahi, hidung dan dagu. Kemudian sapu secara rata ke seluruh muka.

Loose powder atau mineral powder dipakai setelah memakai foundation. Loose/mineral powder ini mampu menyerap minyak dan menutup pori-pori pada wajah anda. Pastikan anda tidak menyapunya terlalu tebal. Gunakanlah berus yang sesuai. Bedak loose/mineral membuatkan wajah anda nampak lebih segar dan rata. Kemudian anda boleh menyapukan sedikit press powder. Kelebihan press powder ini ialah ia dapat menutupi segala lingkaran hitam dan muka nampak neutral.

Kemudian sapukan sedikit cheek colour/blusher dimana ia mempunyai berbagai warna pilihan yang menarik.

Sapukan eye colour yang berunsurkan powder, pilihlah warna yang berunsurkan semulajadi atau warna yang sesuai dengan pakaian yang hendak digayakan. Gunakan liquid eye liner, pencil liner, kemaskan kening menggunakan Brow Definer pencil dan akhir sekali maskara.

Akhir barulah anda gunakan lipstik. Pilihlah lipstik yang sesuai dengan warna kulit dan warna pakaian yang hendak digayakan. Jangan lupa lekapkan dengan tisu untuk menampakkan kesan semula jadi. Kemudian calitkan sedikit lip gloss. Hanya sapukan di tengah2 bibir, tidak perlu disapukan ke semua bibir anda.

Akhir sekali gunakanlah deodrant dan perfume pilihan agar anda berbau harum sepanjang hari. Ini akan menambahkan keyakinan anda sepanjang masa.

Harus diingat, jangan anda bermakeup di dalam bilik yang gelap dan lampu yang malap. Ini akan merosakan make up anda, mana tau eye liner tebal sebelah, foundation tidak rata atau pun blusher merah sebelah hehehehe. Selamat mencuba ye. Anda akan kelihatan segar, manis sepanjang masa.